Wednesday, November 23, 2011

Emosi Itu

Source: Google

Dua minggu kebelakangan ini banyak sangat benda yang terjadi. Dalam banyak perkara tu, ada suka, ada cemas dan ada kecewa.

Gembira;

Aku mulakan dengan suka atau mudahnya gembira. Aku happy sebab banyak dapat call untuk interview, sampaikan ada yang terpaksa aku tolak sebab clash dengan company lain (yang aku utamakan, damn!). Happy dapat khabar dari Encik Penghulu mengenai deretan jobs yang menanti di studio, supaya aku tidak perlu risau mengenai financial insecure. Happy anak-anak makin membesar dengan sihat dan cerdik di hadapan mata aku sendiri (tiba-tiba sedar diri how the time flies!) Happy kerana mendapat kata-kata confident daripada seorang HR Executive di tempat interview yang paling aku dambakan.

Cemas;

Emosi berkecamuk apabila rasa cemas mula menerjah. Aku rasa cemas kerana tarikh temuduga tapisan terakhir sering bertukar tarikh (merubah seluruh kalendar waktuku). Cemas mendapat berita bahawa aku akhirnya disenarai pendek untuk sesi tapisan terakhir dan bakal ditemuduga oleh Presiden syarikat termahsyur itu sendiri. Bertambah cemas apabila aku melakukan beberapa penyelidikan mengenai profil diri dan kehebatan empayarnya, di mana bermaksud aku harus berada di tahap terbaik dari segala aspek menjelang 25hb November nanti. Cemas tatkala menanti panggilan dan jawapan sms dari seorang pegawai di sebuah hospital Kerajaan mengenai suatu usahasama yang belum menampakkan bayang jayanya.


Source: Google


Kecewa;

Aku mendapat jawapan setelah 3 bulan bertungkus lumus untuk menjayakan suatu projek, dan diberitakan ia GAGAL sama sekali. Aku kecewa kerana terlebih dahulu dimaklumkan berjaya oleh MEREKA, yang tanpa sebarang komunikasi bertulis ketika itu. Aku kecewa kerana merasa gembira tanpa usul periksa. Aku kecewa kerana kemungkinan besar tidak dapat pulang ke kampung halaman melunaskan rasa rindu dan dendam, akibat perubahan kalendar yang mendadak. Aku bertambah kecewa kerana masih belum dapat menguntumkan riang di wajah anak-anak yang begitu meronta mahu meneroka dunia, jauh dari hutan batu yang begitu menyesakkan. Aku paling kecewa kerana rasa kekecewaanku dibalas sinis dan sarcastic oleh seorang teman yang aku kenali, tanpa mengira betapa rapuhnya aku ketika itu.


Source: Google

Aku akhiri ketukan di papan kekunci ini dengan ampun dan maaf sekiranya aku mengheret sesiapa di ruang maya ini menembusi tembok emosi yang aku lalui dengan rasa yang kurang kalian senangi.

If you find this annoying, ‘what’s the big deal’ she’s babbling about, allow me to ask you this. Don’t even care to return to this space for this is my only sanity spot to spill everything I’ve been through. And for those fabulous people who understands me, I can't thank you enough. You know who you are.

10 comments:

MfaizH said...

perhhhhhhh dalam betul ni kak ipar, byk bersabar la yee....ade hikmah sebalik semua yg terjadi......isnin kite layan roti jala...wokeh

Fuadah said...

Anda memang tahu cara untuk mengembalikan emosi gembira. Syabas! :)

Anonymous said...

Angah, aku suka writting hang ni dlm semua post dlm blog nie..ayat, perkataan semua in very good structure...spelling..well done..

JOM!..ketam kari..smpi la ni ralat tak dapat nak belanja BIG dan krew makan KETAM KARI!!...

weii..apa cerita video Felcra tu? minta BIG upload..

---YOU KNOW ME---

Fuadah said...

Hi Madam Bernama!

Felcra video tu ok, tapi aku pun belum tgk lagi. : ) ok nanti aku minta dia upload. Bab ketam kari takpa anytime soon leh pekena. Nanti kena hari and hang free kita pi.

Anonymous said...

..

Anonymous said...

Salam. Semoga berjaya.

Fuadah said...

As salam Anonymous,

Terima kasih.

Anonymous said...

Ok. Angah.

suha said...

senyumlah.

pasti semua gundah akan berlalu.

(^_^)

Fuadah said...

Thanks Suha!