Friday, September 9, 2011

Sisa Rawan

Kecewa bertandang lagi
Galak menemani sedang sunyi menerpa
Lantas bisikan syaitan mula berdesir
Memukau benak fikiran yang kian hampa

Bukan minta diduga
Jauh sekali minta didusta
Aku bukan beban hidupmu
Sukarkah untuk tidak menyakitiku

Aku selesa haluan kita sama
Sedang kau rakus mempergunakanku seadanya
Namun sekali sekala ku minta kau jauh
Biarkan rongga hidupku bernafas sementara

Namun kau tidak lepas menyiksaku
Sungguhpun hanya melalui pandangan mataku
Kenapa tiada belas dalam hatimu
Untuk menjaga perasaan seorang suri hidupmu

4 comments:

Hikari said...

isk.. berat bunyinye kak..

Fuadah Ammar said...

berat sebab nak bertanding Anugerah Juara Lagu tahun depan. : )

Hikari said...

melodi dah ada?

boleh try..

agak2 sapa nak nyanyi ni?

sungguh menyayat hati..

Fuadah Ammar said...

lirik kasi jual la laling, melodi kasi komposer bikin, biar dia pening, heheeh...

err....tukang nyanyi.....Rossa kot..perghhhh