Tuesday, December 6, 2011

Terima Kasih

Sumber: Google

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Anda berasa marah? Ralat? Atau menyesal? Ada anda bertanyakan perkara yang sama kepada saya sebelum naskah itu dihantar kepada saya?

Pada mulanya saya merasa tergamam, sedikit tenang tanda menerima. Kemudian melewati baris ayat anda seterusnya rasa tergamam bertukar kepada marah. Kerana apa? Tidak cukupkan apa yang pernah terjadi sebelum ini.

Apa yang berlaku kepada saya ketika itu cukup memeritkan. Makin lama makin bertambah. Tetapi saya diamkan sahaja. Anda pula bagaimana? Tidak perlu saya huraikan satu persatu tindakan yang bertubi-tubi disasarkan kepada saya. Mahu mencari saya? Tidak adakah satu pun langkah yang waras terfikir oleh anda ketika itu. Selain memalukan saya secara total.

Anda tak fikir begitu? Mungkin ini masanya bermuhasabah diri. Saya tidak mengatakan saya cukup molek, bertimbang rasa dan berlaku wajar sepanjang masa. Kadangkala kita tewas dengan emosi. Dan dengan pengakuan itu juga tidak membuatkan diri seseorang adalah lebih baik daripada individu yang lain. Siapa kita untuk menghakimi tindakan orang lain.

Sumber: Google

Sekiranya berniat ikhlas, sudah jelas kita mengharapkan perkara baik kepada seseorang itu secara diam-diam, bukan dengan mengungkapkannya kepada mereka. Doa yang didakwa ikhlas bercampur sinis itu juga amat mengganggu saya.

Mengapa sekarang? Adakah kerana secara kebetulan anda menemui saya di ruang maya yang bersifat peribadi ini? Ayuh saya jelaskan.

Ruang ini adalah ruang untuk saya berinteraksi dengan rakan-rakan, sama ada yang terputus hubungan atau menjalin ukhwah menurut syariat yang dibenarkan. Justeru momen yang saya lalui, adalah hak peribadi, sama ada mereka yang menatapnya mahu melayari dan berkongsi tanpa menghakimi saya atau sebaliknya.

Sekiranya saya tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara atau seseorang. Bukankah itu juga hak saya? Cuma yang membezakan ialah cara saya menanganinya. Saya menulis sebagai cara meredakan gundah, tetapi tidak memaki hamun kerana ia mencerminkan kejahilan diri. Anda rasa saya berat sebelah? Mungkin juga. Jadi itu kelemahan saya. Biarkan saya larut dalam tulisan itu.

Sekiranya anda tidak suka, ada sedikit getar marah kepada saya. Maka usah sesekali hadir menatap ruang ini lagi.

Harus sekarang bagaimana? Masih mahu menujukan sesuatu kepada saya? Ayuh kita langkau landskap silam itu. Sisa hidup kita tidak lama. Jangan sesekali menoleh sekalipun anda mahu yang terbaik untuk seseorang itu, dan jika ikhlas…..titipkan secara diam.

Pesan saya hanya satu. Hentikan. Hentikan apa? Anda lebih tahu.

Dan pada akhirnya jika mahu terus menghakimi saya. Teruskanlah. Saya tidak pernah mahu kisah.

Sumber: Google

Thursday, December 1, 2011

Kewarasan dan Kejelikan Menghadapi Berita Kematian

Source: Google

Seseorang membawa khabar dukacita. Bahawa ahli keluarga/teman rapatnya baru meninggal dunia. Dalam hiba dia menyampaikan berita. Malangnya dalam melawan emosi duka itu dia kemudiannya dihujani soalan bertalu-talu. Antaranya;

"Eh, sorry..sakit ape ekkkk.........?"

"Emm, sian gak....muda lagi dah meninggal. Sakit apa dia?"

"Oh....sorry to hear that. Harap awak sabar...err tapi sakit apa dia yer?"

And the list goes on.

Beginikah reaksi kita? Di kala seseorang itu sedang melalui fasa yang menyedihkan di dalam hidupnya. Dia menyampaikan berita, mengharapkan kita mengerti keadaannya yang mengalami kehilangan yang teramat, di waktu dia diuji Tuhan, patutkan kita menyoalnya sebegitu?

Di manakah lafaz takziah? Innalilllahi Wainnalillahi Rojiun....

Bagaimanakah rasanya apabila sampai ketika kita berada di tempatnya. Kita merasa sedih, pilu, masih dalam perjuangan melawan emosi dan redha. Kita disoal mengenai apa penyebab kematian si mati? Sedangnya sewajarnya kita menghulurkan bantuan kepadanya, memberi sokongan moral dan mendoakan.

Mengapa jelik benar sikap kita?

Paling menyedihkan apabila kita mula sibuk dengan hidangan apa yang akan dijamu semasa bertandang menziarah keluarga si mati. Tahukah anda, hukum hakam makan dan minum di rumah keluarga si mati sedangkan apa yang wajib kita lakukan ketika itu selain menyusahkan keluarga? BERDOSA. Tidak setuju? Sila cari jawapan di ruang soal jawab agama.

Kita mungkin terlalu mengikut budaya, sedangkan ia bertentangan dengan ajaran agama yang bukan sahaja mementingkan ibadah, tetapi juga sikap dan perlakuan sebagai penganut Islam yang sejati.

Berubahlah.

Source: Google