Saturday, November 12, 2011

Bicara 'Suci' di Subuh Hari

*Coretan ini untuk ingatan kepada diri sendiri dan sebagai medan ekspresi luahan pelbagai rasa.

Jaga lidah. Atau dalam bahasa mudah, jaga tutur kata untuk mengelakkan diri daripada hanyut dalam perbuatan syaitan. Mengapa perbuatan syaitan? Ya, kerana tusukan halusnya pada anak-anak Adam menggalakkan kita memakan daging sesama manusia.

Jaga lidah ini untuk siapa? Kepada semua manusia tidak mengira lelaki, perempuan, tua dan muda, berdarjat tinggi atau tidak. Dan paling penting, tidak kira gelaran. Gelaran apa pula ni? Tan Sri kah? Dato’ Dato’ Seri, Datin semua tu? Tak. Gelaran yang aku maksudkan ia ustaz atau ustazah, golongan ulama.

Source: Google

Mengapa? Ada apa dengan mereka? Selain golongan ilmuan yang kita dalam masyarakat hormati sebagai sarjana dan cendikiawan dalam bidang masing-masing (tidak kira diiktiraf secara rasmi atau tidak), kita juga memandang tinggi dengan golongan alim ulama. Ya, kerana budaya kita sudah diacu begitu rupa, Alhamdulillah.
Jadi apa kaitan dengan menjaga lidah?

Aku terdorong untuk membicarakan soal jaga lidah dan golongan alim ulama ini (setidak-tidaknya kita mengganggap mereka begitu atau mereka sendiri juga merasa mereka alim? Wallahualam) kerana terdengar intipati kuliah subuh dari sebuah surau yang berhampiran dengan kediamanku pada pagi Sabtu yang nyaman ini.

Tajuknya sangat molek. Perkara-perkara yang perlu dijauhi oleh orang Islam bagi mengelakkan kufur. Aku lewati tiap bait bicara si ustaz walaupun cuma di luar surau sahaja kerana corong pembesar suara sudah memadai untuk aku hadam isi kuliah tersebut sekalipun ketika itu aku berada di dalam kereta tatkala menunggu enjin belalang hitam itu di tahap selesa.

Pada awal subjek, memang menarik dan menginsafkan. Mana yang tersasar segera register di dalam minda, supaya insya Allah perbaikilah dengan a.s.ap. Tatkala ceramahnya menyentuh point ke sepuluh. Mata yang tadinya merenung ke tanah (mode muhasabah) tiba-tiba sedikit terbeliak. Eh, kenapa pula. Salah dengar agaknya? Aku keluar dari kereta, suara si ustaz jelas dan bingar seperti biasa. Aku telan air liur, cuba menahan gelojak rasa.

Source: Google


Aku ikuti lagi ulasan si ustaz sambil menyaksikan jemaah surau bertempik dengan gelak ketawa. Ya. Mereka bersuka ria mentertawakan kejian seorang ustaz, pak imam surau tersebut yang begitu lantang mengutuk pemimpin tertinggi Negara. Tidak cukup dengan itu, diheret sama kisah anak beranak dan isteri pemimpin tersebut sebagai bahan hilaian pagi subuh yang cukup indah itu. Aku tak sanggup menghuraikan lagi cercaan si ustaz kerana hati sudah dipagut sayu dengan sorakan jemaah yang tersangat suka dengan bahan tambahan special edition itu.

Jika pada permulaan, ceramah si ustaz lantang diiringi suasana hening dengan jemaah surau merenung kekhilafan diri, tiba di pertengahan bicara, surau bergema bak lolongan sarkas.

Aku? Aku rasa sedih. Kecewa. Ada sedikit jijik. Kenapa? Biarkah aku simpan sendiri.

Bukankah begini lebih afdhal.....? Peliharalah dan hormatilah penerimaan masyarakat. Usah cabuli penghormatan kami.

Source: Google

No comments: