Thursday, December 1, 2011

Kewarasan dan Kejelikan Menghadapi Berita Kematian

Source: Google

Seseorang membawa khabar dukacita. Bahawa ahli keluarga/teman rapatnya baru meninggal dunia. Dalam hiba dia menyampaikan berita. Malangnya dalam melawan emosi duka itu dia kemudiannya dihujani soalan bertalu-talu. Antaranya;

"Eh, sorry..sakit ape ekkkk.........?"

"Emm, sian gak....muda lagi dah meninggal. Sakit apa dia?"

"Oh....sorry to hear that. Harap awak sabar...err tapi sakit apa dia yer?"

And the list goes on.

Beginikah reaksi kita? Di kala seseorang itu sedang melalui fasa yang menyedihkan di dalam hidupnya. Dia menyampaikan berita, mengharapkan kita mengerti keadaannya yang mengalami kehilangan yang teramat, di waktu dia diuji Tuhan, patutkan kita menyoalnya sebegitu?

Di manakah lafaz takziah? Innalilllahi Wainnalillahi Rojiun....

Bagaimanakah rasanya apabila sampai ketika kita berada di tempatnya. Kita merasa sedih, pilu, masih dalam perjuangan melawan emosi dan redha. Kita disoal mengenai apa penyebab kematian si mati? Sedangnya sewajarnya kita menghulurkan bantuan kepadanya, memberi sokongan moral dan mendoakan.

Mengapa jelik benar sikap kita?

Paling menyedihkan apabila kita mula sibuk dengan hidangan apa yang akan dijamu semasa bertandang menziarah keluarga si mati. Tahukah anda, hukum hakam makan dan minum di rumah keluarga si mati sedangkan apa yang wajib kita lakukan ketika itu selain menyusahkan keluarga? BERDOSA. Tidak setuju? Sila cari jawapan di ruang soal jawab agama.

Kita mungkin terlalu mengikut budaya, sedangkan ia bertentangan dengan ajaran agama yang bukan sahaja mementingkan ibadah, tetapi juga sikap dan perlakuan sebagai penganut Islam yang sejati.

Berubahlah.

Source: Google

4 comments:

fyruz said...

betul2...

pi umah keluarga arwah byk2 sedekah fatihah..yasin ker..kn bgus..

tak yah dok kra juadah..

da jdi tebiat org melayu kita ni pi majlis ape pun juadah topik utama...

smpai tak kena event langsung..

xberadap tol..

patutnye tlg keluarga arwah..

bkn tmbah beban org tu nk sedia santapan..

org tgh sedih..bkabung..

phm ler skit an..an...an..kak an..

Fuadah said...

intan...

Acapkali juga mereka gemar bertanyakan tentang sakit si mati...adakah itu yang sepatutnya.....sama-sama kita fikirkan.

LittleGurl said...

the way peoples act is different. but they should changed to be more better kan? ;)

Fuadah said...

Hi dik...

All I meant was, be more sensitive to the family, relatives and even the demise close friends...

Sometimes, org mcm tak sedar yang keinginan nak tahu penyebab itu, sedikit sebanyak menyakiti kaum keluarga pihak yang berkenaan...eemmm.. :) Thanks for dropping by girl!