Saturday, October 22, 2011

Di akhir usia ini

Sumber:Google




Tahun yang ke 32.

Tidak ada apa yang perlu dibanggakan. Kerana aku semakin jauh dari menggapai cita-cita. Sedangkan pada saat dan ketika ini aku harus menikmati ganjaran kerja keras itu.

Tahun yang ke 32. Masih gagal membahagiakan satu-satunya cinta agung yang melahirkan aku di dunia. Yang tidak pernah gagal walau seharipun mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan kejayaanku siang dan malam.

Tahun yang ke 32. Masih larut dalam kekeliruan. Sedang pada waktu ini aku sudah tegar dengan apa yang aku mahukan.

Tahun yang ke 32. Masih menyimpan angan.

Tahun yang ke 32. Langkah kembali perlahan.

Tahun yang ke 32. Azam sedikit menyala. Usaha sedikit bersekam. Keberanian sedikit berhabuk.

Tahun yang ke 32. Aku teruskan apa yang masih bersisa lewat semalam.

No comments: