1.11.2011
Tarikh yang cukup istimewa. Terkenang aktiviti lewat semalam. Aktiviti biasa seorang ibu yang akan dilalui apabila anaknya hampir menjangkau usia 7 tahun. Sementelah Oktober pantas berlalu, hari-hari yang berbaki di akhir tahun 2011 ini seakan sukar dilepaskan.
Ya...si anak sulung yang akan menjengah ke alam bangku sekolah rendah. Ketika menyelesaikan urusan terakhir untuk kelengkapan persekolahan bidadariku, aku seakan-akan tidak percaya. Rasa sebak menerjah deras. Dadaku terasa berat. Mengapa perlu beremosi sedangkan permataku bukan mahu ke mana-mana? Dia cuma bakal melangkah ke fasa hidup yang seterusnya.
Langkah kecil itu padaku amat berat. Serasa baru semalam aku berjuang di bilik bersalin sebelum tangis halus itu memadamkan segala keperitan dan kepenatan melahirkannya ke dunia.
When she was 1 year old, how I wish i could freeze this moment forever
Damia Hannah,
Ketahuilah bahawa kehadiran anakanda amat bererti di dalam kanvas hidup mommy dan daddy. Hari-hari yang kami lalui begitu indah dengan anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini. Sekiranya panjang usia catatan ruang maya ini, mommy ingin sekali anakanda melihat kembali betapa cantiknya warna pelangi kehidupan yang anakanda corakkan sepanjang enam tahun ini.
Source: Puan Adlina Adnan, Founder of Atfal Kindergarten
Puteri kesayanganku,
Terkadang mommy bertanya mengapa pantas benar waktu berlalu. Ralat kerana mommy merasakan jangka waktu yang ada seolah tidak cukup untuk benar-benar menghabiskan masa yang ada ini bersamamu. Seharian waktumu di sekolah, kepulanganmu lewat petang cuma sempat untuk membelaimu sewaktu hidangan malam, sebelum lenamu menjemput melepaskan lelah.
Source: Puan Adlina Adnan, Founder of Atfal Kindergarten
Before I realized, she became this. An active, joyful bubbly girl.
Anakku,
Kita punya putaran waktu berbaur gembira dan pilu. Detik itu tidak akan mommy lupakan. Andainya usia dewasa menjengah jendela hidupmu kelak, jangan sesekali lupakan momen indah kita. Dan mommy berusaha sejerih mungkin untuk dokumentasikan perjalanan indah hidup kita, agar kau dapat melihat kembali apa yang pernah kita lalui. Semoga memori ini sentiasa segar melingkari landskap kehidupan fasa kematanganmu kelak.
4 comments:
sweetnyer....
da nak dajah 1 da thun depan..
Ha'a...
Sedihnya....campur happy...
Dah besar anak awak Angah.
Anonymous,
Alhamdulillah, dah besar...how the time flies!
Post a Comment