Tuesday, February 21, 2012

On Not So Good Feeling

Source: Google

February has been great to begin with. I landed a few corporate script writing jobs and one television program. Although it took quite some time for me to harvest my not so ‘great’ labor (payment la dey..!), I feel grateful for at least I have something to hold on to, later.

Why am I feeling not so good lately? I have no idea. I’m feeling like the urge to puke, a great nausea, faint and not to faint. And what’s more, I can’t smell fried foods. This brings to the next understanding. I can’t cook. I can’t stand for a long time, which everybody knows cooking takes ample time of standing. When I refuse to cook, of course it involves a distress to my dear husband and the kids. They no longer have home cooked meals since last week.

I know…. When I pointed out all the symptoms it might sound like I am carrying. I definitely doubt it. But we shall see for the next few days.

I just don’t know what to do now. How to fight these great uncomfortable feelings. I have another job awaits me, the Rasa Halal International for me to scratch. It’s a new approach I have to think of, since their Orient series. Ah yes….. Of course on how to blend in the new host with that program also depends on how my writing would take her to feel at ease with the show. Oh no, I’m not bragging, it is just the nervousness I’m sharing. And I will not spoil it here who is the new face of the RH International series. You might just have to wait.

Ok, back to my not so good elements. I shall get it check soon enough, after I run my own test first! Till then, have a GREAT Tuesday.

Monday, February 6, 2012

Habuk

Source: Google

Kasihan kau berhabuk
Tuan kau sibuk?
Tak juga
Kadang-kadang saja dia kalut

Selebihnya dia nganga di depan TV
Ada sikit masa dia hadap komputer
Layan sahabat handai di laman toot
Ada sedetik lagi dia bersilat di dapur

Biasalah dia tu kan…..
Oh begitu..habis, apa jadinya dengan kau ni?
Tak bengang ke dia biarkan kau macam ni saja?
Ada sikitlah….tapi aku tahu dia berusaha

Berusaha kau cakap?
Ya lah. Usaha.
Tapi….aku perasan dia dok sibuk je dengan kisah hidup orang lain
Ini laman rumah dia, saja jer dia biar berhabuk macam ni.
Kau jangan mengata tuan aku. Aku tau dia struggle.

Struggle?
Ya. Struggle. Kau reti struggle?
Struggle apa ke benda, menyibuk kat tempat orang lain semedang.
Ish…tu bukan namanya menyibuk. Itu ambil tahu. Prihatin jiran blogger.
Eh eh eh. Banyak alasan macam tuan dia juga!

Mana ada. Aku tau keinginan dia. Sebolehnya semua dia nak sebat letak dalam ni.
Habis tu? Kenapa tak buat?
Ada keinginan yang terbatas.
Pula….macam-macam!

Biarlah dia. Janji dia tak pernah abaikan aku. Ada saja dia datang melawat aku.
Ikut suka kau lah!
Aku kena bagi dia masa. Baru-baru ni dia sibuk benar.
Yalah tu! Entah apa-apa.
Sibuk betul…biarlah dia dan aku saja yang tahu. Hari ni aku tengok bukan main dia perah otak. Tu..nafas pun tak cukup.
Yalah! Yalah!
Kau tak suka, kau diam.
Okaylah! Ops.

Source: Google

Wednesday, January 11, 2012

BUKAN ‘WORDLESS WEDNESDAY’, IA ‘THOUGHTLESS WEDNESDAY’

Source: Google

Source: Google

Lengkap sudah sebulan entri yang tiada isi (macamlah sebelum ini berisi benar!)

Sebenarnya begini,

Aku hidupkan komputer, bersatu dengan alam maya, namun fikiranku beku.
Aku bertanya pada diri sendiri. Sibuk benarkah baru-baru ini? Akalku pantas menjawab. Sibukkkk lah jugakkk….. tapi nak juga aku mengalun satu dua rentak.

Taktik itu tak menjadi. Maka sibuklah aku menerjah paparan cerita manusia-manusia blogger lain, leka mengagumi kronologi hidup mereka yang dari fasa itu ke fasa yang satu lagi. Sudahnya aku jadi kenyang menyantap emosi cerita berbagai rasa, sambil hati tidak sudah-sudah memuji foto yang cantik mempersona.

Apa saja yang nak diceritakan sekarang? Mungkin boleh aku imbaskan semula. Lewat Disember yang lalu, ratapan piluku untuk pulang ke kampung halaman telah dipenuhi, walaupun episod keberangkatan itu mencetuskan drama airmata di lapangan terbang sensasi syarikat AA. Agak serik, insya Allah lain kali aku cuba lebih menabung untuk perkhidmatan udara yang lain, yang pasti zero ‘rungutan’ selepas ini.

Kegembiraan puteri sulung juga berjaya dipenuhi. Saban hari di utara gelak ketawa tidak lekang walau ada kalanya terbawa-bawa cakaran puteri dengan putera kenit. Bagi aku, sungguhpun tempoh yang sungguh panjang itu mampu melenyapkan segala kesugulan, tapi manusia tetap manusia.

Apa yang dapat memang tidak pernah cukup. Aku berada di sana cukup lama, tapi aku masih mahukan yang ekstra. Mahu melenggeng dengan teman baikku sepuas-puasnya. Akan tetapi, aku dahulukan masa berkualiti bersama ibu bapa, adik dan putera puteriku.

Kesempatan pulang agak lama, aku gunakan peluang yang ada seperti menyediakan keperluan sekolah si puteri. Sangat mencabar kerana pengalaman pertama yang serba serbi tidak tahu.

Apalagi….. oh ya..aku selami isi hati adik bongsu yang baru sahaja menamatkan alam persekolahan dan menyudahkan peperiksaan terbesar sekolah menengah. Jarang benar dapat berborak santai. Selalunya si kakak hanya pandai menyinga. Baliknya sekali sekala, mengarahnya acapkali. Kali ini aku cukup bersedia, sejerih mungkin aku dekati adik secara bersahaja, nada suara tidak keras, lontaran santai. Akhirnya dia buka ruang, aku jengah dengan riang, Alhamdulillah.

Januari kian menginjak, aku rasa masih tidak terlewat untuk berkongsi. Ya, kalau ditelek gambar di atas, ia mesin jahit. Lantas apa kaitan denganku? Oh, itu sesuatu yang aku usahakan :)

Aku doakan kalian (jika ada yang melintas di sini) baik-baik sahaja hendakNya, moga apa sahaja yang dicita-citakan akan Allah makbulkan dan Salam Ukhwah.